Monday, August 1, 2011

Legasi Bomoh Sesat

Beberapa tahun dahulu (mungkin 10 tahun lalu), ada seorang bomoh terkenal. Seingat saya dia mendakwa dirinya sebagai Raja Bomoh. Si Raja Bomoh ini terkenal seantero rantau asia ini.

Pesakit yang datang berubat dengan beliau bukan main banyak lagi. Iklannnya terdapat di akhbar. Biasanya satu mukasurat penuh. Kalau tak salah, sering kali gambar beliau dipapar sedang merawat puluhan orang.

Tidak berapa lama kemudian, dengar khabar beliau telah ditangkap oleh pihak berkuasa.

Senario bomoh sesat seakan satu legasi. Yang sentiasa ada pada setiap zaman. Dan paling menarik, para Bomoh Sesat ini akan melalui liku hidup yang sangat banyak persamaan. Antara titik temu mereka ini ialah seperti berikut:

1. Mendakwa dirinya lah Bomoh terhebat.

2. Pasti baik setelah mendapat rawatan.

3. Merawat saka/gangguan/santau dalam masa beberapa minit sahaja (atau mungkin beberapa saat, macam Superhero).

4. Mempunyai pengikut.

5. Ritual yang menyalahi hukum, seperti membaca surah-surah tertentu secara terbalik.

6. Mendakwa dirinya adalah bomoh/perawat No. 1.

7. Mempunyai wilayah takluk yang luas hingga ke benua lain.

8. Menyumpah perawat lain dan cepat melenting bila ditegur.

9.Tidak mengaku sesat, dan tegar dalam kesyirikan walau sudah dikaunseling, walau dah berapa kali naik haji/umrah sekalipun.

10. Dan terakhir, kebanyakkan mereka ditahan pihak berkuasa agama.

Saya menyeru kepada diri saya sendiri, agar kuat berpegang teguh kepada ajaran Islam. Setiap yang dilarang olehNya pasti berupa hikmah untuk kebaikan bersama. Bagi yang ingkar, sama-sama lah dibendung.

Syabas dan tahniah kepada pihak penguasa agama (Jabatan Agama Islam Negeri) yang sentiasa menjalankan Amar Makruf Nahi Mungkar !

11 comments:

  1. Bagi membuktikan dia no.1, dia ajak ustaz hanafi lawan.. ada bran?

    ReplyDelete
  2. Main petik je kata orang sesat..siasat dulu, bagi tau mana yang sesat..jangan main tuduh...ke hang ni puak wahabi?

    ReplyDelete
  3. title ustaz dah..tp tulisan macam paparazzi..

    ReplyDelete
  4. Hanafi...macam mane ko blh dpt ustaz??? ade surat ker??

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. "5. Ritual yang menyalahi hukum, seperti membaca surah-surah tertentu secara terbalik."

    Statement ni memang melampau...

    ReplyDelete
  7. Sedap je kata orang, dah siasat betul2 ke? Percayakan fitnah harian metro atau sendiri suka suka nak tambah fitnah?

    ReplyDelete
  8. Syeikh Rabbana KhalidyAugust 5, 2011 at 2:31 PM

    Dah terkena batang idung baru melenting, org nak sedor kan ko, bukan saje nak mengata.

    Kan elok kalau insaf, taubat daripada ekau dok ajar benda mengarut kat budak2 tu...

    Bila JAIS dah seret ekau poi mahkamah karang baru ko nak insaf kot...

    ReplyDelete
  9. Dia fitnah org dia tak perasan. Dia fitnah bermacam-macam orang sebelum ini.

    Dia merendah-rendahkan ramai org sebelum ini. Semua di bawah tapak kaki dia.

    Dialah Hanaruddin bin Baharuddin. Suruh dia mengaji confirm gagap-gagap. Lagi mau mengajar ayat quran....

    Cuma lepas Sabri (sabritpm.blogspot.com) SERGAH dia baru la dia mamai cerita bab tasauf kunun.

    Tanya dia pasal round2 langit, dewa, khemah nabi saw, kendi nabi saw, dapat2 jubaH, Sheikh Abdul Qadir Jailani datang serap ke badan.

    Tak payah susah baca je darulsaka.blogspot.com berlambak2 kesesatan di dalamnya. Kalau nak yg dah siap masak punya boleh layari www.darulsakit.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Skang hanaruddin baharuddin dok sibuk nak tangkap hantu oversea la kunun...kih kih kih.

    Hantu yg bawak lari siti balqis pun tak settle, polis yg settle. kalau ikut SCAN PB belagak,
    Balqis kena bawak lari dgn :

    1)makhluk dari dimensi lain - kira hint dia pada perawat2 lain lah kununnya...

    2)DEWA - dewa bagi TB bukan spesis jin, dia lebih tinggi drp mana2 jin dan lebih rendah drp manusia.....bab2 ghaib ni dia lebih tahu drp nabi kita saw ....

    3)BUNIAN - mak balqis ni kununnya dia SCAN dah main dgn bunian, so balqis ni anak bunian sebenarnya tu pasal bunian ni kacau.

    Baca ini:
    http://darulsaka.blogspot.com/2010/11/kes-balqis-di-jerteh.html

    Nak senang baca ini:
    http://darulsakit.blogspot.com/2010/11/kes-siti-balqis-jerteh-satu-pembuktian.html

    ReplyDelete
  11. copy drp:

    http://darulsakit.blogspot.com/2011/03/penyelewengan-darulsaka.html

    TENTANG PENYELEWENGAN DARULSAKA

    ReplyDelete